Saturday, October 31, 2009
Wednesday, October 14, 2009
PEMBANGUNAN INSAN
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan menjadi tugas bersama bagi memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara kita namun di masa yang sama ketuanan Melayu perlu dikekalkan. Kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama pentingnya dan merupakan dua imperatif yang perlu difahami secara positif agar tidak lari dari imperatif yang lebih besar di dalam sebuah peradaban, khususnya peradaban yang berteraskan agama Islam.
Secara umumnya masyarakat bertuah hidup di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti ‘konflik kampung Medan’ mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya dan juga isu keadilan sosial dan ekonomi. Dalam konteks ini pentingnya isu ketuanan Melayu diberi perhatian iaitu salah satu sebab mengapa ketuanan Melayu perlu wujud ialah untuk memastikan keadilan ekonomi bagi mereka yang mungkin tercicir atau dicicirkan.
Ilmu ketamadunan juga penting dewasa ini kerana manusia kini berada di persimpangan jalan, ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang menghasilkan kehidupan yang bertamadun. (Azizan Baharuddin, 2005: 5)
Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun Islam yang telah mencapai tahap ‘golden age’nya itu misalnya adalah dipengaruhi oleh ransangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu.
Dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan moral dan akhlak yang terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat disiplin dan kekreatifan.
Nilai yang mana teori kajian nilai atau aksiologi ialah satu cabangan dalam ilmu falsafah yang meneliti, menganalisis dan menghuraikan prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Segala sesuatu yang dianggap benar, patut, baik dan indah adalah amat diingini dan disanjung tinggi oleh masyarakat dan dengan demikian memperolehi nilai dan harga yang tinggi.
Sebaliknya perkara dan benda yang palsu, tidak berguna, buruk dan merosakkan akan dibenci, disisih dan dibuang oleh masyarakat dan dengan demikian mempunyai nilai yang rendah ataupun tidak ada nilai langsung. Tindakan dan amalan yang berkaitan dengan nilai ini sama ada nilai tinggi dan disanjung ataupun rendah dan dibenci, dijelmakan dalam tingkah laku, tindak-tanduk, percakapan dan perbuatan yang dicakupi oleh konsep moral, etika dan akhlak.
Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini, ataupun sebaliknya palsu, buruk, tidak diingini, tidak berguna dan dibenci.
Nilai dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, nilai estetik yang berkaitan dengan ukuran rasa keindahan dan kecantikan. Manakala nilai instrumental pula yang secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat tertentu. Contohnya nilai-nilai “diam dalam kelas” membantu pencapaian matlamat belajar dengan berkesan. Oleh itu “diam” secara tersendiri tidak ada nilai, tetapi ianya bernilai apabila dikaitkan keperluan belajar dalam kelas.
Nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan menghakim sama ada sesuatu perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika. (Hashim Musa, 2001: 55). Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangun negara atau tamadun.
Penghayatan nilai-nilai murni telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze, dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India, serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam. (Azizan Baharuddin, 2005: 6)
Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan yang nyata. Istilah “akhlak” daripada bahasa Arab ada kaitan dengan dua istilah yang lain iaitu istilah “Khalik” (Tuhan Pencipta) dan “makhluk” (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu “khalaka” (mencipta). (Hashim Musa, 2001: 61)
Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika dalam ertikata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia.
Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala makhluk.
Untuk memperolehi akhlak mulia, Miskawayh menegaskan kita mesti terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani.
Miskawayh membahagikan fakulti atau anggota rohani kepada tiga aspek yang berkaitan dengan sifat insan yang membuahkan akhlak yang mulia, iaitu fakulti akal yang boleh membuahkan sifat ilmu dan bijaksana, fakulti syahwah yang boleh membuahkan sifat kemurahan hati (dermawan) dan fakulti kebengisan (irascible) yang boleh membuahkan sifat keberanian dan ketabahan.
Namun ketiga-tiga fakulti itu hanya boleh membuahkan akhlak yang mulia apabila tercapainya keadaan keseimbangan (i’tidal) antara ketiga-tiga yang dengan itu akan menzahirkan keadaan keadilan/justice. Miskawayh mentakrifkan keadilan sebagai pencapaian keseimbangan (i’tidal) yang sempurna antara ketiga-tiga akhlak mulia itu sehingga terbitlah adil dalam pelakuan manusia itu. (Hashim Musa, 2005: hal 73)
Pembangunan insan ini juga merujuk kepada akhlak atau peribadi seseorang, akhlak adalah sifat yang sebati dalam diri yang mengarah seseorang menzahirkannya melalui perbuatan, sama ada kelakuan baik atau kelakuan buruk. Ia juga disebut sebagai tingkah laku yang menjadi adat kebiasaan pada seseorang. Akhlak yang mulia sebagai buah kepada usaha pembangunan insan keseluruhannya. Akhlak yang mulia adalah perhiasan diri dan pandangan luar Islam pada seseorang, kerana ia dapat dilihat secara jelas. Ia menjadi matlamat yang penting kepada pembangunan insan.
Mengikut agama Islam, akhlak sangat penting dalam agama Islam, kerana Islam mementingkan kelakuan yang baik yang terpancar dari keimanan seseorang. Akhlak dan iman seperti pokok dan buah. Antara kedua-duanya selaras. Akhlak yang baik menunjukkan iman yang baik manakala akhlak yang buruk menunjukkan iman yang buruk. Antara Islam dan akhlak tiada pemisahan. Kedua-duanya menunjukkan antara satu sama lain.
Akhlak boleh dibangunkan melalui cara-cara seperti melalui latihan, iaitu latihan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Penambahan ilmu dan kefahaman, iaitu untuk menambah dan memantapkan ilmu supaya dapat dibezakan antara baik dan buruk dan kesan melakukan kedua-duanya. Pembinaan akidah, iaitu membina akidah supaya lebih mantap sehingga ia meninggalkan kesan pada seseorang.
Kawalan masyarakat, iaitu peranan masyarakat mengawal anggotanya supaya melakukan kebaikan dan tertegah melakukan keburukan. Melalui pendedahan kepada suasana yang baik, iaitu mendedahkan seseorang kepada keadaan-keadaan yang baik untuk membentuk akhlak baik. Penutupan pintu-pintu dan dorongan-dorongan keburukan, iaitu supaya tiada peluang kearah itu. Pemberian nilai baik dan galakan kepada orang yang melakukan kebaikan.
Melalui hukuman yang sesuai dan cukup iaitu mengenakan hukuman yang sesuai sebagai halangan. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)
Selain itu juga terdapat dua perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam pembinaan akhlak; menjaga kepentingan akidah, terutamanya yang berkait dengan Allah, yang melihat segala sesuatu, manusia dibawah pengawasan para malaikat manusia akan dibalas di akhirat nanti dan dunia tempat ujian manusia. Membina fitrah supaya kekal semula jadi seseorang.
Namun begitu perlu dihindari tentang masalah pembangunan akhlak iaitu pendidikan dari rumah atau keluarga yang tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak ia menjurus kepada ibubapa yang tidak membimbing anak-anak mereka dengan sepatutnya. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)
Meluasnya pusat-pusat hiburan yang boleh menjejaskan akhlak orang ramai. Pusat-pusat hiburan yang melekakan telah menjadi suatu tempat pilihan ramai untuk berhibur sehingga melupakan adat resam, agama dan budaya dengan senang dilanggari etika moral tersebut.
Nilai-nilai baik yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat. Masyarakat kurang mengambil peranan dalam membangunkan akhlak insan persekitaran mereka dan lebih bersifat individualistik dalam menjalani kehidupan harian ini kerana sibuk dengan kerja rutin harian dan lupa tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.
Semangat kebendaan yang kuat. Dorongan untuk mendapatkan sesuatu benda dan sanggup berbuat apa sahaja walaupun bertentangan dengan perintah agama. Akhlak yang baik dilupakan dan material yang dikejar adalah menjadi matlamat utama.
Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya membina tamadun manusia.
Pembangunan pengurusan diri sebahagian daripada program pembangunan insan. Ia berkait rapat dengan pembangunan akhlak, sebagai kesan baik daripada pembangunan motivasi, pembangunan pemikiran dan pembangunan akidah. Pembangunan pengurusan diri dibahagikan kepada beberapa sudut dan yang utamanya iaitu pengurusan masa, pengurusan melakukan kerja yang terbaik, pengurusan kesihatan, pengurusan perbelanjaan, pengurusan iltizam menuju cita-cita, pengurusan hubungan dan komunikasi, pengurusan kerja secara teratur dan sistematik serta perubahan sikap. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 65)
Pengurusan masa perlu diurus dengan betul, kerana masa amat terhad sedangkan yang perlu dibuat banyak. Pengurusan masa diperlukan untuk memastikan kerja-kerja yang perlu dilakukan terlaksana dengan sempurna. Dengan itu, tiga perkara diperlukan dalam pengurusan masa yang betul dengan mengenalpasti kerja-kerja yang perlu dilakukan, supaya kerja-kerja yang tidak perlu tidak dilakukan. Mengenalpasti masa-masa yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang diperlukan itu. Kawalan untuk kepastian setiap kerja itu dilakukan pada masa yang ditetapkan dan perancangan yang jelas dan teratur.
Pengurusan melakukan kerja yang terbaik, setiap orang hendaklah melakukan kerja-kerja yang terbaik. Sebarang kerja, terutamanya yang penting dan besar faedahnya hendaklah dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Pengurusan kesihatan penting ini kerana manusia mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan supaya wujudnya faedah, bukan setakat untuk dirinya sendirinya tetapi untuk orang lain. Untuk melakukan amalan-amalan yang baik banyak rintangan pada kebiasaannya. Selain daripada kesihatan dalaman, manusia perlu kepada kesihatan luaran atau kesihatan tubuh badan untuk layak memikul tanggungjawab yang berat ini. Untuk memiliki tubuh badan yang sihat, memerlukan pegurusan dan sistem pemakanan yang seimbang.
Pengurusan perbelanjaan yang mana setiap perbelanjaan perlulah sederhana. Ini kerana boros mengakibatkan kerosakkan kerana tiada imbangan, manakala kedekut juga akan merosakkan kerana keperluan tidak dapat dipenuhi. Untuk melicinkan perbelanjaan supaya selaras, maka ia hendaklah diuruskan mengikut satu jadual yang sempurna. Setiap perbelanjaan hendaklah berlaku secara sedar dan berdasarkan kepentingan dan kesesuaian.
Pengurusan komunikasi yang baik sangat diperlukan, terutamanya dalam hubungan keluarga dan masyarakat. Ia memerlukan satu pengurusan yang betul, supaya hubungan menjadi mudah dan selesa. Komunikasi yang baik ialah komunikasi yang berkesan. Manakala komunikasi yang berkesan ialah komunikasi yang boleh membina hubungan baik dikalangan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai matlamat.
Pengurusan kerja secara tertatur dan sistematik. Kerja hendaklah diurus dengan baik supaya sesuatu kerja yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Dalam kehidupan harian, ada kerja yang sangat penting, ada kurang penting dan ada kerja yang tiada menafaatnya. Ianya mengikut tanggapan seseorang. Untuk mengetahui taraf kerja, matlamat hidup hendaklah diletakkan di hadapan untuk menjadi panduan. Maka perkara yang paling penting ialah mengenalpasti matlamat hidup untuk menentukan kerja-kerja yang mesti dilakukan ke arah pencapaian matlamat tersebut.
Perubahan sikap. Dunia terus terus berubah maka tanggapan, mekanisme dan perkara-perkara terus berubah. Orang yang sedar tentang perkara tersebut akan bersedia untuk berubah untuk mendapat faedah sebaiknya dari perubahan alam sekeliling. Sebaliknya, mana yang tiada kesedaran tersebut akan terus berada di takuk lama. Sikap seperti itu boleh merugikan. Untuk berubah memerlukan fikiran yang jelas dan usaha untuk mengungkai diri dari keadaan lama yang mungkin telah sebati. Ia juga memerlukan kefahaman yang jelas tentang perkara-perkara yang perlu di ubah, perkara-perkara yang tidak perlu diubah,malah tidak boleh diubah.
PENULIS : Suariza @ Hidayah Muhammad M.A. (Malaya)
SUMBER MAKLUMAT : Wacana Anak Watan
GUBAHAN : Nor Hafizah Binti Sapari

AKTIVITI SEKOLAH
SEPANJANG BULAN JULAI, OGOS DAN SEPTEMBER TAHUN 2009
1) 15 / 08 / 2009 ---- Konvokasyen Murid-murid Darjah Khas Tahun 2008
2) 16 / 09 / 2009 ---- Ziarah Pusara
3) 17 / 09 / 2009 ---- Khatam AlQuran
4) 22 / 09 / 2009 ---- Marhaban guru-guru dan AJK Badan Kebajikan ke rumah Puan Guru
Besar
Sunday, October 4, 2009
BIODATA
NAMA : NOR HAFIZAH BINTI SAPARI
NO. K/P : 800925-01-6422
OPSYEN : PENGAJIAN AGAMA ISLAM DAN
MATEMATIK ( PA / PM - 1 )
KURSUS : KDPM ( KDC ) - PLPS - KPM TAJAAN JAIJ AMBILAN MEI 2007

LAGU SEKOLAH
TAJUK LAGU :SEKOLAHKU MAJU
Maju sekolahku maju,
Jaya sekolahku jaya,
Berkatilah Ya Allah,
Berikanlah kami rahmatmu.
Agama serta budaya,
Negara bangsa dan watan,
Itu semua kan kami bela,
Sedia ku korbankan.
Maju sekolahku maju,
Jaya sekolahku jaya,
Berkatilah Ya Allah,
Kami semua terus Berjaya.
TAJUK LAGU :SEKOLAHKU MAJU
Maju sekolahku maju,
Jaya sekolahku jaya,
Berkatilah Ya Allah,
Berikanlah kami rahmatmu.
Agama serta budaya,
Negara bangsa dan watan,
Itu semua kan kami bela,
Sedia ku korbankan.
Maju sekolahku maju,
Jaya sekolahku jaya,
Berkatilah Ya Allah,
Kami semua terus Berjaya.
SEJARAH SEKOLAH AGAMA KAYU ARA PASONG
4 Jun 1939 Sek. Agama Kayu Ara Pasong diadakan secara menumpang di bangunan Sek. Melayu di kawasan tanah wakaf bersebelahan bangunan Mesjid Jamek Parit Hj. Siraj. Gurunya Allahyarham Tn. Hj. Hussein Bin Mahmood muridnya seramai 56 orang mengandungi 2 darjah iaitu darjah permulaan (not) dan darjah 1 dan belajarnya disebelah petang.
Kerajaan telah membina bangunan Sekolah Melayu di Parit Sulaiman pada tahun 1940. Maka mengikutlah Sekolah Agama berpindah ke bangunan Sekolah Melayu yang tersebut. Tahun 1942 dalam pemerintahan Jepun kedudukan pelajaran agama dicampur adukan masanya di sebelah pagi. Tahun 1945 Jepun menyerah kalah, pelajaran Sekolah Agama diatur semula di sebelah petang mengandungi 5 darjah iaitu darjah 1 hingga 5. Tahun 1950 Sekolah Agama ditambah 1 kelas iaitu darjah 6. Tahun 1958 diadakan Sekolah Agama Perempuan dikawasan yang sama, gurunya Cik Khadijah Bt Salam dengan muridnya seramai 57 orang mengandungi 3 darjah iaitu darjah 1 hingga 3. Tahun 1978 Kerajaan Negeri Johor telah membina sebuah bangunan untuk Sekolah Agama khas di Parit Kayu Ara Pasong.
Pembinaan sekolah ini terletak pada sebidang tanah seluas tiga suku ekar yang telah dibeli daripada Allahyarham Wak Hashim Bin Abd. Fatah dengan harga RM 3,000. Kemudian Allahyarham mewakafkan lagi setengah ekar yang mana jumlah kawasan tanah wakaf Sekolah Agama Kayu Ara pasong adalah seluas satu suku ekar semuanya.
Pada 6 Januari 1980 Sek. Agama Kayu Ara Pasong dipindahkan ke bangunan Sekolah Agama khas :-
1– Sek. Agama pagi tenaga pengajarnya 2 orang iaitu En. Sapari Bin Salamon (Guru Besar) dan En. Mohd Jais Bin Bajuri. Muridnya seramai 121 orang.
2– Sek. Agama petang tenaga pengajarnya 3 orang iaitu En. Khalil Bin Sikom (Guru Besar) En. Mustamar Bin Abdullah Safar dan Cik Sabariah Bt. Bidin. Muridnya seramai 142 orang. Darjahnya 1 hingga 6.
3– Sek. Agama petang (Perempuan) tenaga pengajarnya 3 orang iaitu Pn. Hjh. Zaleha Bt. Hj. Ahmad (Guru Besar) Cik Hjh. Meriam Bt Hj. Mohd Amin dan Cik Yatimah Bt. Abu Khairi. Muridnya seramai 242 orang. Darjahnya 1 hingga 5.