Sunday, October 4, 2009


SEJARAH SEKOLAH AGAMA KAYU ARA PASONG

4 Jun 1939 Sek. Agama Kayu Ara Pasong diadakan secara menumpang di bangunan Sek. Melayu di kawasan tanah wakaf bersebelahan bangunan Mesjid Jamek Parit Hj. Siraj. Gurunya Allahyarham Tn. Hj. Hussein Bin Mahmood muridnya seramai 56 orang mengandungi 2 darjah iaitu darjah permulaan (not) dan darjah 1 dan belajarnya disebelah petang.

Kerajaan telah membina bangunan Sekolah Melayu di Parit Sulaiman pada tahun 1940. Maka mengikutlah Sekolah Agama berpindah ke bangunan Sekolah Melayu yang tersebut. Tahun 1942 dalam pemerintahan Jepun kedudukan pelajaran agama dicampur adukan masanya di sebelah pagi. Tahun 1945 Jepun menyerah kalah, pelajaran Sekolah Agama diatur semula di sebelah petang mengandungi 5 darjah iaitu darjah 1 hingga 5. Tahun 1950 Sekolah Agama ditambah 1 kelas iaitu darjah 6. Tahun 1958 diadakan Sekolah Agama Perempuan dikawasan yang sama, gurunya Cik Khadijah Bt Salam dengan muridnya seramai 57 orang mengandungi 3 darjah iaitu darjah 1 hingga 3. Tahun 1978 Kerajaan Negeri Johor telah membina sebuah bangunan untuk Sekolah Agama khas di Parit Kayu Ara Pasong.

Pembinaan sekolah ini terletak pada sebidang tanah seluas tiga suku ekar yang telah dibeli daripada Allahyarham Wak Hashim Bin Abd. Fatah dengan harga RM 3,000. Kemudian Allahyarham mewakafkan lagi setengah ekar yang mana jumlah kawasan tanah wakaf Sekolah Agama Kayu Ara pasong adalah seluas satu suku ekar semuanya.

Pada 6 Januari 1980 Sek. Agama Kayu Ara Pasong dipindahkan ke bangunan Sekolah Agama khas :-
1– Sek. Agama pagi tenaga pengajarnya 2 orang iaitu En. Sapari Bin Salamon (Guru Besar) dan En. Mohd Jais Bin Bajuri. Muridnya seramai 121 orang.
2– Sek. Agama petang tenaga pengajarnya 3 orang iaitu En. Khalil Bin Sikom (Guru Besar) En. Mustamar Bin Abdullah Safar dan Cik Sabariah Bt. Bidin. Muridnya seramai 142 orang. Darjahnya 1 hingga 6.
3– Sek. Agama petang (Perempuan) tenaga pengajarnya 3 orang iaitu Pn. Hjh. Zaleha Bt. Hj. Ahmad (Guru Besar) Cik Hjh. Meriam Bt Hj. Mohd Amin dan Cik Yatimah Bt. Abu Khairi. Muridnya seramai 242 orang. Darjahnya 1 hingga 5.

No comments:

Post a Comment